IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

ISMA Gombak

ISMA cawangan Gombak merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berfokus kepada pembangunan kanak-kanak, remaja, belia, wanita, institusi kekeluargaan dan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

pengenalan

01

ISMA Gombak

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) juga gerakan Islam yang aktif di Malaysia. Ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1997, ISMA fokus memainkan peranan dalam masyarakat dengan usaha untuk membentuk dan membina masyrakat Islam yang unggul dan gemilang. Kini ISMA mempunyai hampir 50 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara.

Menjadi gerakan Islam yang kuat dan berpengaruh di Gombak.

Memimpin setiap segmen masyarakat di Gombak untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara komprehensif.

4 FOKUS UTAMA

02

Melonjak Potensi Komuniti

Usaha memperkasa dan melonjakkan potensi komuniti melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Pembangunan Remaja & Belia

Dengan kerjasama KRIM Gombak, GT Clan, PEMBINA UIAM dan PEMBINA Gombak, pelbagai program bermanfaat dilaksanakan untuk remaja dan belia sekitar Gombak, Selayang, Wangsa Maju dan Ampang.

Kebajikan & Kesukarelawanan

Usaha membangunkan masyarakat yang sejahtera, sekaligus memperkukuh nilai-nilai solidariti dan tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli dan komuniti.

Pemerkasaan Wanita & Keluarga

Usaha memperkasa golongan wanita, pemudi, kanak-kanak, dan keluarga melalui program sokongan dan pendidikan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Biro Dibawah ISMA Gombak

03