UTAMA / Aktiviti
Pelbagai Aktiviti Disediakan
Aktiviti-aktiviti bersama ISMA Gombak merangkumi 4 peranan utama berkaitan potensi komuniti, kebajikan & kesukarelawanan, remaja, belia, wanita, dan keluarga. Dengan mempercayai bahawa setiap perubahan bermula daripada individu, ISMA Gombak menyediakan aktiviti yang menarik bagi memupuk insan dengan Jati Diri Merdeka, yang menjadi Asas Negara Unggul.
MELONJAK POTENSI KOMUNITI
01
Susulan peristiwa Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, ISMA Gombak telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak melalui Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) untuk memperkukuhkan agenda pembebasan penuh tanah Palestin.
Program anjuran Biro Dakwah ISMA Malaysia dengan kerjasama ISMA cawangan pada bulan Ramadan. Inisiatif ini bertujuan mendidik masyarakat bahawa al-Quran juga petunjuk utama dalam membina kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan mencapai keamanan sejagat.
Sesi tuisyen percuma bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di PPR terpilih, dengan kerjasama Global Thinkers Academy.
KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN
02
ISMA Gombak bersama-sama pihak surau dan komuniti telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti rewang komuniti, iftar komuniti dan agihan bubur lambuk di beberapa PPR. PEMBINA Gombak juga telah menganjurkan iftar bersama mahasiswa UniKL BMI dan UIAM Gombak melalui sumbangan ikhlas.
Hasil sumbangan ikhlas daripada masyarakat, ISMA Gombak telah bekerjasama dengan beberapa komuniti dalam menjayakan ibadah korban sepanjang tahun 2023 dan 2024.
Misi banjir dengan tenaga lebih 40 sukarelawan ini telah dilaksanakan pada hujung tahun 2024 dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan I-Guru di Tanjung Tualang, Kinta, Perak.
PEMBANGUNAN REMAJA & BELIA
03
Antara program hasil kerjasama erat dengan Kelab Belia Generasi Intelek (GT Clan): Youth Enhancement and Skills Development Programme (YES), Jelajah Aliran & Kerjaya, ReproAlert, Baju Melayu Baju Kurung, Motivasi SPM.
Program khas bagi remaja-remaja di sekitar Gombak dengan kerjasama KRIM Gombak dan GT Clan. Antara program yang dilaksanakan: Jambori Remaja KRIM, program hafazan, kelas tambahan, HISTORACE, Program Cuti Sekolah, dan Projek Sayang Tok Nek.
Bersama PEMBINA Gombak dan PEMBINA UIAM, pelbagai program berjaya dijalankan dan antaranya adalah: Akademi I'dadul Qa'idin (AIQA), Train of Trainers, ProjeQ, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak. iftar, dan usrah-usrah umum.
PEMERKASAAN WANITA & KELUARGA
04
Mengangkat slogan "Perjuangan Bermula Dari Rumah", biro WANITA telah melaksanakan program seperti: Usrah Wanita, Rehal Wanita, Majlis Khatam Quran dan Karnival Wanita & Kesihatan.
Kelab IFFAH juga telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti riadah dan pengisian rohani khusus buat pemudi Gombak.
Melalui Biro Keluarga daan Masyarakat, pelbagai program khusus untuk kesejahteraan keluarga telah dilaksanakan. Antaranya: Mahligai Cinta, Kapsul Keluarga Bahagia, Karnival Komuniti Sihat dan Kempen Bapa Qawwam.
Aktiviti khas untuk kanak-kanak berbentuk kerohanian dan amali. Kelab NAZIM telah melaksanakan aktiviti: Rehal Nazim, Saya Anak Merdeka, Zero to Hero, Simulasi Haji Cilik, dan Program Sembelihan Ayam.
