UTAMA / Kenali Kami

Ketahui disebalik ahli kami.

pengenalan

001

ISMA Gombak

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) juga gerakan Islam yang aktif di Malaysia. Ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1997, ISMA fokus memainkan peranan dalam masyarakat dengan usaha untuk membentuk dan membina masyrakat Islam yang unggul dan gemilang. Kini ISMA mempunyai hampir 50 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara.

ISMA Gombak adalah sebuah organisasi Islam yang terkehadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. ISMA Gombak mengambil tanggungjawab untuk memperkukuhkan kepimpinan umat Islam di Malaysia bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutan terjamin dan tidak mampu dicabar.

Kami berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

ucapan ydp

002

Pelbagai cabaran masih dihadapi oleh masyarakat kesan langsung pandemik Covid-19 dan tempoh PKP yang berpanjangan seperti keciciran pendidikan di kalangan anak-anak golongan rentan, permasalahan keluarga dan kesihatan mental, kesukaran ekonomi dan masalah-masalah sosial yang lain.

Bergerak ke depan ISMA Gombak akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa agenda pembangunan masyarakat menerusi tawaran solusi-solusi pendidikan akademik dan sahsiah, kemenjadian institusi kekeluargaan dan menyantuni golongan tidak berkemampuan.

ISMA Gombak beriltizam untuk mengangkat agenda pembangunan komuniti khususnya dalam meningkatkan potensi komuniti, membangkitkan kesedaran remaja untuk berjaya dalam pendidikan, membangun aktivisme di kalangan belia dan mengukuhkan fungsi dan kemenjadian institusi keluarga ke arah Malaysia Maju, Kuat dan berdaulat menjelang tahun 2040.

Mohd Hafizan                                      Yang Dipertua ISMA Gombak

jawatankuasa isma gombak 2023/2024

003